Saturday 22 February 2014

Bangun dari mimpi ngeri.

Assalamualaikum,


Dear reader, 


Sebenarnya aku ni seorang yang pemalas nak menaip. Korang sendiri boleh je nak judge dengan tengok blog aku ni ha. Sumpah aku tak reti nak share apa apa. Tambah tambah pulak last year aku ni candidate SPM, memang haram nak nyentuh benda ni semua. Silalah tengok blog yang super serabai yang tak terurus terjaga. Sumpah aku dah bosan tengok benda pink pink ni semua. Gegirl sangat. HA HA HA. Aku buat entry ni pun sebab ada sorang member aku nak sangat aku update entry. Apa fungsi blog aku kalau tak buat apa apa kan? Haaaa, jadi aku nak membebel sekarang ni. Okay, *take a deep breath*, sudah sedia maklum tahun ni, janda janda duda duda SPM 2013 bakal mengambil keputusan SPM. Jadi kitorang ni punya la berdebar. Rasa macam nak explode kebabomm je segala jantung hati kidney intestine semua. Ok, yang ni bohong. Hiperbola plus plus plus. Nak jadikan cerita, perkara biasalah, every year mesti ad je soseh soseh cakap result keluar kejap kejap tarikh ni, tarikh tu. Yang nak gilanya kami lah, Kalau tarikh cepat sangat pun tak kena, lambat sangat pun tak kena. Haihh. Mimpi ngeri yang tak sudah, so, topik mimpi ngeri tang atas sana tu pasai ni la. Selagi result tak keluar, berdebar tak sudah. Banyak sangat benda nak kena fikir nanti. Segala perancangan ke universiti pun aku sudah settlekan, cehh, excited je. Alahh, bukan apa pun. Setakat isi borang upu tu jelah. Doakan lah biar batch kami dapat result yang baik. Haaa, cakap pasal tarikh result keluar, mula mula berita yang kitorang dapat 1hb Mac. Siasat punya siasat, ada pulak cakap 19 atau 20 atau 21 Mac. Aku sendiri pun tak tahu yang mana betulnya. Sumpah aku taknak fikir dah. Moga moga cepatlah aku terjaga dari mimpi ni, dan boleh senyum sampai ke angkasa. Okay, merepek lagi. Tawakal, redha, tak putus berdoa dan sembahyang sunat. Tu je lah yang boleh buat. In Shaa Allah ada rezeki 9A dalam tangan. Sesungguhnya perancangan Allah untuk hambanya sangat manis. 





*Tadah tangan* 
Ya Allah, ya Tuhanku, moga moga kami (batch96) mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam SPM. Moga moga kami dapat mengubah masa depan kami ke arah yang lebih baik. Permudahkanlah segala urusan kami. Kau lembutkanlah hati pemeriksa kertas kod DF001A018. Amin

Copyright© All Rights Reserved qasehdayana.blogspot.com